PETRONAS, Putrajaya tiada Hak keatas Perairan Borneo


zainal1Kota Kinabalu: “Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Panglima Dr Musa Haji Aman adalah tidak bertanggungjawab dalam mengendalikan isu Minyak” kata Setiausaha Agong Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PAKAR) Zainnal Ajamain. Beliau mengulas mengenai tuntutan yang dibuat oleh Pemuda parti-parti komponen Barisan Nasional yang terdiri daripada PBS, PBRS dan UPKO Royalti, merekka menuntut Royalti minyak wajib dinaikkan daripada 5% sekarang kepada 20%. Jelas Beliau Pemuda komponen BN ini keliru dalam isu Minyak Sabah dan berpendapat mereka hanya boleh menuntut peningkatan peratusan, mereka tidak faham bahawa realitinya Kerajaan Sabah dan Sarawak sebenarnya pemilik perairan wilayah yang mengandungi minyak tersebut.

Zainnal Ajamain yang juga salah seorang daripada 6 plaintif yang menyaman PETRONAS dan Kerajaan Negeri ke mahkamah pada 25 September 2012 menegaskan bahawa 100 % Petroleum dan Gas yang terdapat di luar persisir Sabah dan Sarawak adalah milik rakyat Sabah dan Sarawak dan bukan lagi milik PETRONAS.
Menurut beliau keadaan ini terjadi apabila Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak pada 23 November 2011 telah mengisythirkan bahawa Proklamasi Darurat yang berkuatkuasa diseluruh negara sejak 15hb Mei 1969 ditarik balik berdasarkan Artikal 150 (7). Dengan pengisytiharan ini, bermakna semua undang-undang yang bentuk oleh Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 tidak lagi mempunyai apa-apa kuasa enam bulan selepas pengisytiharan ini dibuat. Ini bermaksud pada 24hb Mei 2012, semua perairan wilayah di Sabah dan Sarawak yang sejauh 180 km seperti yang diperuntukkan di bawah Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan ) 1954 (North Borneo (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954) kembali menjadi milik Sabah dan Sarawak. Seksyen (2) Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan ) 1954 berkata “sempadan Colony Borneo Utara adalah dengan ini diperluaskan kepada kawasan pelantar benua menjadi dasar laut dan tanah bawah yang yang terletak di bawah laut lepas berpesisir dengan perairan wilayah Borneo Utara. “

Menurut Zainnal bahawa Akta Pembangunan Petroleum 1974 ialah undang-undang yang digunakan untuk memindahkan hak-hak, kuasa, kebebasan dan keistimewaan untuk mengeksplorasi, mengeksploit, mendapatkan dan memperoleh petroleum sama ada di pantai atau di luar pantai Malaysia hendaklah diletak hak nya pada suatu Perbadanan – PETRONAS. Namun perairan wilayah milik Sabah dan Sarawak telah dirampas oleh Kerajaan Persekutuan dengan menggunakan 3 Akta Parlimen seperti berikut sebelum hak ini dipinda milik kepada PETRONAS:

1. Akta Pelantar Benua 1966 (The Continental Shelf Act 1966);
2. Akta Perlombongan Petroliam 1966 (The Petroleum Mining Act 1966); and
3. Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) No.7 1969 (The Emergency (Essential Powers) Ordinance no.7 1969)

Akta Pelantar Benua 1966 menjadi tulang belakan rampasan ini di mana ia mentakrifkan: “Pelantar benua” ertinya dasar laut dan tanah bawah di kawasan bawah laut yang bersempadanan dengan pantai Malaysia tetapi di luar had perairan wilayah Negeri, permukaan yang terletak pada kedalaman yang tidak lebih daripada dua ratus meter di bawah permukaan laut, atau, jika kedalaman perairan superjasen boleh di eksploitasi sumber alam di kawasan tersebut akan di lakukan sedalam mana pun;”

Sabah Territorial Waters

Dengan Akta ini, Kerajaan Persekutuan merampas “Pelantar Benua” yang telah di peruntukan kepada Sabah dan Sarawak melalui Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan) 1954. Kemudian dalam Akta Pelantar Benua ini memperuntukkan bahawa hanya Kerajaan Persekutuan mempunyai hak untuk mengeksploitasi Pelantar Benua tersebut:

“Rights with respect to continental shelf
3. All rights with respect to the exploration of the continental shelf and the exploitation of its natural resources are hereby vested in Malaysia and shall be exercisable by the Federal Government”
And only the Federal Government has the right to issue any Petroleum License:
“Mining within the continental shelf

4. (1) No person shall explore, prospect or bore for or carry on any operations for the getting of petroleum in the sea-bed or subsoil of the continental shelf except under and in accordance with the Petroleum Mining Act 1966 [Act 95].”

Dalam kedua kandungan Akta Pelantar Benua ini semua sumber alam yang terdapat didalam wilayah laut adalah milik Malaysia dan hanya boleh diurus dan tadbir oleh Kerajaan Persekutuan (Sekysen (3)) dan tidakk sesiapa dibenarkan meneroka, mencari gali atau menggerek atau menjalankan apa-apa operasi bagi mendapatkan petroleum di dalam dasar laut atau tanah bawah pelantar benua kecuali mengikut peruntukan Akta Perlombongan Petroleum 1966, juga kuasa yang di rampas oleh Kerajaan Persekutuan.

Dalam keadaan normal kedua-dua Akta ini tidak boleh berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak kerana penguatkuasaannya perlu diwartakan dan warta ini memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak. Kerajaan Persekutuan bagaimanapun mengatasi keperluan untuk mendapatkan kelulusan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak dengan mewartakan 2 Akta tersebut menggunakan warta P.U (A) 467/1969 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.10 tahun 1969 bertarikh 8 November 1969. Dalam keadaan Negara Darurat dan menggunakkan Ordinan Darurat, Kerajaan Persekutuan boleh merampas hak-hak Negari atau individu dengan sewenang wenangnya tanpa sekatan walau daripada Mahkamah sekali pun.

Undang-undang ketiga yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan ialah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 1969 yang mana Seksyen 4 (2) memperuntukan:

“For the purposes of the Continental Shelf Act, 1966, the Petroleum Mining Act, 1966, the National Land Code and any written law relating to land in force in Sabah and Sarawak, any reference to territorial waters therein shall in relation to any territory be construed as a reference to such part of the sea adjacent to the coast thereof not exceeding three nautical miles measured from the low-water mark.”

Di bawah undang-undang ini Wilayah Laut setiap negeri dihadkkan hanya kepada 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut. Ini bermakna melalui Ordinan ini, Wilayah Laut setiap Negeri di atas 3 batu nautika adalah milik Kerajaan Persekutuan.

Walau bagaimanapun, 3 undang-undang atas hanya boleh berkuatkuasa keatas Sabah dan Sarawak apabila Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1969 digunakkan. Ini bermakna apabila pengisytiharan Darurat itu ditarik balik oleh Najib pada 23 November 2011, semua ketiga-tiga undang-undang terhenti dari digunakan di Sabah dan Sarawak.

Zainnal berkata, “Kerajaan Negeri di Sabah dan Sarawak harus peka mengenai hak hak negeri. Apabila Najib menarik balik Proklamasi Darurat pada 23 Nov 2011 sebenarnya Najib tanpa disedari telah mencetuskan perkara perkara berikut:

Pertama, Sabah dan Sarawak enggan untuk menerima pakai Akta Pelantar Benua 1966 namun DIPAKSA berdasarkan Ordinan Darurat (Kuasa Perlu) No 10 1969 yang diwartakan pada 8 November 1969. Ini bermakna apabila Proklamasi Darurat tarikh 23 November 2011 di tarik balik, Pelantar Benua dan Perairan Wilayah secara otomatik menjadi bidang kuasa Kerajaan Sabah dan Sarawak menurut Perintah Majlis Borneo Utara (Pengubahan Sempadan) 1954 dan Ordinan Tanah Negeri masing-masing. Ini juga bermakna bahawa perairan Sabah dan Sarawak kini seluas 180 km dari pantai dan bukan terhad kepada hanya 3 batu nautika lagi. Ini juga bermakna apa jua kuasa untuk memberi atau menarik balik apa-apa konsesi di kawasan tersebut sekarang kembali kepada Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

Kedua, kuasa meluluskan lesen bagi operasi dan perlombongan petroliam dan gas kini kembali kepada Ordinan Tanah di Sabah dan Sarawak dan Ordinan Perlombongan Negeri yang berkenaan; ini adalah kerana Akta Perlombongan Petroleum 1966 telah dipaksa ke atas Sabah dan Sarawak melalui Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.10 dalam warta bertarikh 8 November 1969. Ini juga bermakna bahawa Kerajaan Persekutuan tidak lagi mempunyai kuasa untuk mengeluarkan lesen Perlombongan Petroliam kepada syarikat-syarikat Perlombongan. Oleh itu, setiap syarikat pelombongan yang beroperasi di Wilayah Laut Sabah dan Sarawak wajib membuat permohonan baru kepada kerajaan Sabah dan Sarawak.

Ketiga, semua undang-undang yang memerlukan kelulusan, pengurusan dan pentadbiran dari Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak perlu mendapatkan persetujuan daripada Kerajaan Negeri terutama kelulusan Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak. Jika tidak dibuat Undang-Undang atau Akta tersebut adalah melanggar Perlembagaan Malaysia oleh dengan sendirinya undang undang tersebut terbatal dan tak sah. Sebagai contoh, Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan Perairan Wilayah Malaysia Akta 2012 perlu mendapatkan persetujuan Kerajaan Negeri terlebih dahulu sebelum mereka boleh digunakan di Wilayah Laut Sabah dan Sarawak.

Keempat, apabila semua kuasa undang-undang ini terhenti, bermakna undang undang ini tiada kesan ke atas Sabah dan Sarawak, ia juga bermakna bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai apa-apa hak didalam laut atau pun didasar laut, Wilayah Laut Sabah dan Sarawakk. Ini juga bermakna bahawa Kerajaan Persekutuan tiada apa apa hak untuk meminda apa apa jua milikknya kepada PETRONAS seperti yang dinyatakan dalam Seksyen (2) Akta Pembangunan Petroleum 1974. Semua pindahan hak yang dibuat Kerajaan Persekutuan berdasarkan Akta Pelantar Benua 1966, Akta Perlombongan Petroleum 1966 dan had wilayah laut yang dikenakan atas Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979 TIDAK boleh digunakan lagi.

Kelima, PETRONAS tidak mempunyai hak untuk memberi kawasan konsesi minyak kerana kawasan yang diberikan kepada PETRONAS bukan lagi milik Kerajaan Persekutuan. Oleh itu secara logiknya – PETRONAS tidak boleh menandatangani apa-apa Kontrak Perkongsian Petroleum dengan sesiapa pun. Ini kerana apa jua milik PETRONAS kini dimiliki kembali oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.”

Menurut Zainnal, “Ini juga bererti pemilik perairan wilayah sekarang adalah Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak ini juga bermakna bahawa selepas pengisytiharan darurat ditarik balik Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hak untuk memindahkan perairan wilayah tersebut kepada PETRONAS. Oleh itu mengapa rakyat di Sabah dan Sarawak perlu “meminta atau membuat permintaan” kepada Kerajaan Persekutuan untuk mendapatkan hak 20% apabila semua hak tersebut adalah kepunyaan mutlak Negeri Sabah dan Sarawak sendiri?”

Zainnal Ajamain

Zainnal Ajamain is an economist by profession, graduating with a Masters degree from the University of East Anglia. He has held several high ranking civil service positions in government and government think tanks and has worked as a university lecturer, senior researcher, stockbroker, and economist and published several papers in international media journals. He was the co-author behind the Sabah Government’s vision for development and progress in the Sabah Development Corridor and created the first Offshore Islamic Fund in Labuan. He also held the position of Senior Research Fellow in the Centre for Remote Sensing and Geographic Information Systems at the University Malaysia Sabah. He was the Co-Founder of the United Borneo Front (UBF) and a passionate activist to abolish the Cabotage Policy. He is also the Secretary General of a newly formed political party Parti Kerjasama Rakyat Sabah or in short PAKAR.

Advertisements

About sifusiber
A husband & a father who wants his children to have a better future

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: