Menjawab Persoalan Pemilikan Minyak dan Gas di Malaysia Bahagian I


CheWal

September 27, 2012

FAQ : Isu Tuntutan Royalti Minyak (Versi Ringkas)

Soalan 1

Mengapa artikel ini dibuat ?

Jawapan

>>>Artikel ini adalah versi ringkas untuk fakta-fakta mengenai isu tuntutan royalti minyak. Versi panjang yang beserta dengan sumber rujukan boleh dilihat  disini.

Soalan 2

Kenapa Akta Petroleum 1974 ditandatangani ?

Jawapan

Akta Petroleum 1974 adalah merujuk kepada penyerahan hak eksplorasi,eksploitasi dan carigali minyak oleh negeri-negeri kepada Petronas secara mutlak tanpa boleh dibatal.

>>>Akta Petroleum 1974 menjuruk kepada 3 perkara

  1. Penubuhan Special Purpose Vehicle (SPV) di panggil PETRONAS
  2. Meminda Hak Milik Pelantar Benua yang di rampas oleh Kerajaan Persekutuan daripada Sabah dan Sarawak kepada PETRONAS
  3. Kerajaan Persekutuan Berjanji untuk membentuk Petroleum Advisory Council – yang tidak pernah di patuhi

Soalan 3

Apakah yang dimaksudkan dengan penyerahan hak oleh negeri-negeri kepada Petronas?

Jawapan

Ini bermaksud, penyerahan hak yang dimiliki oleh negeri.Negeri memberikan hak yang dimiliki oleh negeri yang berada dalam kawasan pantai atau diluar pantai negeri kepada Petronas.

>>>Sabah dan Sarawak tidak pernah menyerahkan hak milik Pelantar Benua mereka kepada Kerajaan Persekutuan – HAK Milik ini telah di rampas oleh Kerajaan Persekutuan dengan menggunakan kuasa Darurat pada tahun 1969.

Soalan 4

Sebagai balasan,apa yang kerajaan negeri dapat daripada Petronas?

Jawapan

Menurut Akta Petroleum 1974, minyak diambil dari dalam pantai atau diluar pantai negeri akan diberi bayaran tunai.

>>>Ini tidak pernah berlaku, bayaran Tunai yang dimaksudkan dibayar oleh Kerajaan Persekutuan

Soalan 5

Apakah dia sempadan atau kawasan hak negeri ?

Jawapan

Sempadan atau kawasan yang menjadi hak negeri adalah seperti yang digariskan oleh Kanun Tanah Negara 1965 yang meliputi semua kawasan tanah dan perairan yang dihadkan kepada had perairan wilayah (territorial waters) kecuali kawasan-kawasan tertentu seperti tanah rizab dan sebagainya.

>>>Sabah dan Sarawak bukan dibawah pentadbiran Kanun Tanah Negara 1965. Sanbah dan Sarawak mempunyai Ordinan Tanah masing masing. Isu Tanah adalah dilindungi dalam Jadual 9 Perlembagaan Malaysia.

Soalan 6

Macam mana nak tahu apakah sempadan perairan wilayah (territorial waters) ?

Jawapan

Sempadan perairan wilayah(territorial waters) disebut dalam Ordinan Darurat 1969 yang digunapakai sehingga December 2011 dan Akta Perairan Wilayah (Akta 750) yang menggantikan ordinan darurat yang bermula pada Jun 2012. Sempadan hak negeri adalah kawasan perairan yang tidak melebihi 3 batu nautica.

>>Akta 750 tidak boleh digunapakai di Sabah dan Sarawak selagi Dewan Undangan Negeri masing masing meluluskan pemakaiannya – PETRONAS buat masa ini MENCURI minyak dan Gas Sabah dan Sarawak

Soalan 7

Kalau diluar 3 batu nautica, adakah ianya hakmilik negeri ?

Jawapan

Tidak, Ianya menjadi hakmilik kerajaan persekutuan yang mana perairan wilayahnya adalah sehingga 12 batu nautica dan diikuti pula dengan zone ekonomi eksklusif negara sehingga 200 batu nautica.

>>Ini tidak betul HAK ini telah dirampas oleh Kerajaan Persekutuan melalui Ordinan Darurat No7 1969. Ini satu rampasan disebabkan tiada kena mengena diantara Darurat diadakan untuk membendung rusuhan kaum di Malaya sementara Ordinan Darurat No.7 1969 menghadkan hakmilik Negeri kepada 3 batu nautika. Ini bererti selepas 3 batu nautika Wilayah Laut setiap Negeri telah di RAMPAS oleh Kerajaan Persekutuan.

Soalan 8

Kalau ianya bukan hakmilik negeri, bolehkah negeri menuntuk bayaran tunai seperti yang tertulis dalam Akta Petroleum 1974?

Jawapan

Tidak. Ini kerana penyerahan hak yang dibuat oleh negeri adalah hanya kawasan dibawah hak negeri. Anda hanya boleh memberi hak kepada orang lain apa yang menjadi hak anda.

>>>Apabila HAK Negeri ini sudah dirampas dengan menggunakan kuasa Darurat sememangnya ia bukan lagi Hak Milik Negeri – oleh itu bayaran tunai juga tidak perlu dibuat. Keadaan ini berubah apabila Darurat dimansuhkan.

Soalan 9

Kenapa Kelantan diberi wang ehsan?

Jawapan

Kelantan diberi wang ehsan adalah diatas budibicara kerajaan pusat yang berbesar hati memberi sumbangan wang untuk kegunaan rakyat kelantan.

Soalan 10

Adakah Terengganu layak mendapat wang royalti?

Jawapan

Tidak, Terengganu juga tidak layak mendapat bayaran tunai kerana tempat mencarigali adalah diluar kawasan hak milik Terengganu.

Soalan 11

Kenapa Terengganu mendapat royalti sebelum ini yang kemudiannya ditukar kepada wang ehsan dan kemudian kepada royalti semula ?

Jawapan

Sama seperti Kelantan, bayaran ini adalah atas budibicara kerajaan pusat. Samada royalti atau wang ehsan, ianya merujuk kepada perkara yang sama iaitu bayaran tunai.Cuma berbeza terminologi.

Soalan 12

Apa beza royalti dengan wang ehsan

Jawapan

Kedua-duanya adalah bayaran tunai. Yang membezakannya adalah, royalti diberi kepada kerajaan negeri dan wang ehsan disalurkan terus kepada rakyat melalui JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan). Ianya adalah entiti kerajaan persekutuan di negeri-negeri untuk urusan pembangunan negeri.

Soalan 13

Bagaimana pula dengan Sabah dan Sarawak? Mengapa mereka diberi bayaran royalti?

Jawapan

Sabah dan Sarawak mempunyai perjanjian lain yang telah ditandatangani tidak dipunyai oleh mana-mana negeri di Semenanjung  yang membolehkan mereka mendapat bayaran royalti. Perjanjian ini adalah salah satu keistimewaan semasa kemasukan mereka ke Malaysia.

>>>Ini bukan satu keistimewaan namun satu penipuan yang di buat oleh Kerajaan Persekutuan.

Soalan 14

Kenapa kerajaan negeri Kelantan melabelkan kerajaan pusat sebagai zalim kerana merampah haknya?

Jawapan

Mereka berbuat demikian, mungkin kerana terpedaya dengan hasutan yang mengatakan minyak yang dijumpai adalah hakmilik mereka sedangkan minyak itu dijumpai diluar sempada negeri mereka.

Soalan 15

Adakah pimpinan Pakatan Rakyat tahu mengenai sudut perundangan ini?

Jawapan

Berdasarkan tindakan Anwar Ibrahim mahu membuat pindaan terhadap Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan memasukkan kawasan zon ekonomi eksklusif sebagai kandungan perjanjian membuktikan pimpinan Pakatan Rakyat tahu mengenai peruntukan undang-undang dalam hal ini. Ini membuktikan mereka sedar bahawa berdasarkan kebenaran fakta undang-undang, kawasan carigali itu bukanlah hakmilik kerajaan negeri.

Soalan 16

Bagaimana nak selesaikan kemelut ini?

Jawapan

Sekiranya kerajaan negeri sedar akan hakikat bahawa kawasan penemuan minyak itu bukan milik mereka, mereka seharusnya menggunakan pendekatan yang lebih baik untuk memohon pertimbangan budibicara kerajaan pusat untuk menambah peruntukan wang ehsan atau memohon dengan cara baik agar wang ehsan itu disalurkan kepada kerajaan negeri seperti yang dinikmati oleh kerajaan Terengganu. Sekiranya pendekatan yang baik,berbudi bahasa dan penuh hikmah digunakan, InsyaAllah, kerajaan pusat mungkin boleh mempertimbangkannya.

>>>Ini satu saranan yang tidak betul, pada hakikatnya minyak dan gas adalah hak negeri bererti milik mereka dan bukannya milik Kerajaan Persekutuan. Dalam kes Sabah dan Sarawak sebagai contoh, Kerajaan Persekutuan tidak dapat berbuat apa apa pada tahun 1966 apabile Akta Pelantar Benua di luluskan – hanya setelah Darurat di laksanakan pada tahun 1969, Kerajaan Persekutuan mempunyai merampas Hak dan Milik Pelantar Benua ini melalui Undang Undang dan Warta Darurat.

>>>Namun setelah lebih 40 tahun Darurat telah di mansuhkan dan semua undang undang dan Warta Darurat juga mansuh – ini bererti Pelantar Benua secara tidak sengaja dikembalikan kepada Sabah dan Sarawak.

Posted by CheWal at 22:21

Menjawab Persoalan Pemilikan Minyak dan Gas di Malaysia Bahagian II

Advertisements

About sifusiber
A husband & a father who wants his children to have a better future

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: