Akta 750: Cobaan Kerajaan Persekutuan merampas Pelantar Benua dari Semua Negeri di Malaysia


RingkasanEksekutif

Merungkai Perisytiharan Darurat pada 24 Nov 2011 tidak hanya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ia juga menghapuskan beratus-ratus undang-undang dan warta yang dibuat diantara 15 Mei 1969 dan 20 Februari 1971. Dalam tempoh ini Parlimen telah digantung selama 2 tahun ekoran rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada 13 Mei 1969. Bilangan undang-undang dan warta yang dimansuhkan termasuk undang-undang dan warta yang berkaitan dengan wilayah laut atau khusus berkaitan dengan pemilikan Pelantar Benua.

Pemilikan Pelantar Benua adalah penting oleh kerana sesiapa yang memiliki Pelantar Benua, juga memiliki risab Minyak dan Gas yang terkandung di dalamnya. Rusuhan kaum di Kuala Lumpur tiada kaitan dengan Pelantar Benua atau keselamatan Sabah dan Sarawak namun Kerajaan Persekutuan telah mengambil peluang ini untuk merebut Pelantar Benua dari setiap negeri di Persekutuan Malaysia. Di samping itu, Kerajaan Persekutuan juga mengambil peluang untuk menghadkan sempadan setiap perairan negeri kepada 3 batu nautika manakala semua di luar 3 batu nautika tersebut adalah milik Yang di-Pertuan Agong.

Apabila Perdana Menteri merungkai Perisytiharan Darurat pada tahun 2011, undang-undang dan warta, yang telah digunakan untuk merebut Pelantar Benua dan perairan wilayah setiap negeri di Malaysia, dibatalkan juga. Sepatutnya, pemilikan Pelantar Benua tidak lagi dengan Kerajaan Persekutuan tetapi menjadi milik kerajaan negeri masing-masing.

Kerajaan Persekutuan mahu Pelantar Benua dan Perairan Wilayah kembali miliknya semula.

Menyedari kesilapan mereka Kerajaan Persekutuan mahu mengambil kembali hak milik Pelantar Benua dan Perairan Wilayah setiap Negeri di Malaysia. Pada 18 April 2012 sebelum luput enam bulan Pengistiharan Darurat di hapuskan, Kerajaan Persekutuan telah membentangkan satu Rang Undang-Undang Laut Wilayah Malaysia 2012. Tujuan utama Rang Undang-undang tersebut adalah untuk memenuhi syarat syarat Konvensyen Undang-undang Laut Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS}; namun ini tidak bermakna Rang Undang-undang tersebut perlu mengambil semua Pemilikan Pelantar Benua dan Perairan Wilayah setiap Negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Idea ini adalah berdasarkan kepada premis kerana Kerajaan Persekutuan perlu memenuhi syarat syarat UNCLOS, setiap negeri di Malaysia bukan sahaja wajib menyerahkan Pelantar Benua mereka kepada Kerajaan Persekutuan, mereka juga wajib mengehadkan perairan wilayah mereka kepada 3 batu nautika.

Pengisytiharan dan penyata yang terkandung di dalam pengisytiharan Malaysia di UNCLOS termasuk kedaulatan, hak kedaulatan, keselamatan, bidang kuasa, pencegahan pencemaran, hak pelayaran, sempadan maritim, akses kepada perikanan, latihan ketenteraan atau manuver dan bidang kuasa ke atas objek arkeologi marin. Tidak ada dalam pengakuan ini kenyataan atau keperluan bahawa setiap kerajaan negeri di Malaysia perlu melepaskan pemilikan Pelantar Benua atau wilayah perairan mereka.

Rang Undang-undang telah diluluskan tanpa banyak perbahasan daripada Ahli Parlimen, mungkin kerana tidak ramai daripada Ahli Parlimen yang memahami subjek ini.

Oleh kerana Malaysia tidak lagi dalam keadaan darurat, Parlimen tidak boleh meluluskan Akta 750 tanpa melalui proses yang betul. Terutamanya di mana melibatkan isu Hak Negeri – Tanah dibawah bidangkuasa Negeri. Perlembagaan Malaysia menyediakan perlindungan ini kepada semua Negara di Persekutuan di bawah Jadual 9. Terdapat juga Kerajaan Persekutuan mengehadkan sempadan setiap Negeri kepada 3 batu nautika. Ini bermakna Akta 750 mengubah sempadan setiap negeri di Malaysia. Dalam keadaan sedemikian, Perkara 2 (b) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa kelulusan setiap Dewan Negeri diperlukan untuk mengubah sempadan negeri. Selain kelulusan Dewan Negeri, Perlembagaan Malaysia juga memerlukan kelulusan Majlis Raja-Raja sebelum Akta 750 boleh berkuatkuasa di setiap Negeri di Malaysia.

Di samping itu, Perkara 76 (1) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan Parlimen boleh membuat undang-undang untuk memenuhi kehendak undang-undang antarabangsa. Walau bagaimanapun, Perkara 76 (2) sangat khusus mengatakan bahawa “tidak ada Rang Undang-Undang di bawah perenggan itu boleh dibentang ke dalam mana pun Dewan Parlimen sehingga Kerajaan atau mana-mana Negeri yang berkenaan telah dirundingi”. Ini bermakna sebelum Rang undang undang seperti Akta 750 dapat dibentangkan dalam Dewan Rakyat atau Sanet kelulusan setiap Negeri hendaklah diperolehi terlebih dahulu – Kelulusan ini pula tidak semestinya memerlukan negeri menyerahkan pemilikan ke atas Pelantar Benua atau Perairan Wilayah mereka.

Oleh itu, Akta750tidakboleh berkuatkuasadimana-mana negeridi Malaysiadan Kerajaan Persekutuantidak boleh sewenang wenangnyamengambil alihPemilikanPelantar BenuadanWilayah Perairan setiap negeri tanpa persetujuan mereka. Ini keranaMalaysia bukan lagidalam keadaan darurat

Memenuhi UNCLOS adalah kewajipan Malaysia untuk menentukan sempadan maritim Antarabangsanya terpelihara. Ini tiada kaitan dengan mengambil alih Pemilikan Pelantar Benua didalam sempadan tersebut.

ImplikasiAkta750kepada PerlembagaanMalaysia

Akta 750 menimbulkan lebih banyak masalah daripada penyelesaian bagi kesilapan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan apabila menghapuskan Pengistiharan Darurat. Keadaan ini diburukkan lagi apabila laut wilayah bagi setiap negeri di Malaysia di hadkan kepada 3 batu nautika melalui Seksyen (3) (3) Akta 750 yang mengatakan Bagi maksud Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83 ] dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 [Act95], Kanun Tanah Negara [Act56/65] dan mana-mana undang-undang bertulis berhubungan dengan tanah yang berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak, apa-apa sebutan laut wilayah dalamnya hendaklah ditafsirkan sebagai rujukan kepada apa-apa bahagian laut yang bersebelahan dengan pantai itu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari garis air surut “.

Pertama, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 dikuatkuasakan di Sabah dan Sarawak melalui warta Darurat. Setelah Darurat ditarik balik, kuasa-kuasa atau warta ini terbatal. Oleh itu, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 TIDAK lagi berkuatkuasa di Pelantar Benua Sabah dan Sarawak.

Kedua, Kanun Tanah Negara [Akta56/65] dan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan tanah berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak ertinya Kerajaan Persekutuan tidak boleh memaksa Akta di kuatkuasa di Sabah dan Sarawak. Ini kerana undang undang Tanah Sabah dan Sarawak perlu di laksanakan oleh Kerajaan Negeri bukan Kerajaan Persekutuan. Ini bererti Akta ini memerlukan kelulusan Dewan Undangan Negeri setiap negeri sebelum ia boleh berkuatkuasa, ini kerana TANAH adalah Hak Mutlak Negeri.

Ketiga, Akta 750 melintasi had kuasanya pada Perkara 2 (b) Perlembagaan Malaysia di mana Sekysen (3) Akta ini menghadkan sempadan setiap negeri di Malaysia kepada 3 batu nautika ke pantai itu tidak melebihi 3 batu nautika”. Ini bermakna bahawa Akta 750 membuat perubahan sempadan pada setiap Negeri di Malaysia. Perkara 2 (b) Perlembagaan Malaysia memperuntukkan dalam kes perubahan sempadan mana-mana Negeri, ia perlu diluluskan oleh Dewan Negeri terlebih dahulu selepas itu ia perlu diluluskan oleh Majlis Raja-Raja. Sebelum Rang undang undang tersebut di bentangkan di Parlimen. Akta 750 tidak pernah diluluskan oleh mana-mana Dewan Negeri di Malaysia; di samping itu ia tidak pernah dibawa ke Majlis Raja-Raja seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan.

Keempat, berdasarkan hujah-hujah di atas, Kerajaan Persekutuan bukan lagi pemilik ke atas Pelantar Benua di seluruh Malaysia. Oleh itu, Kerajaan Persekutuan tidak lagi mempunyai Hak untuk memindahkan Pelantar Benua kepada PETRONAS mengikut Seksyen 2 (1) Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA74) dan tidak lagi mempunyai hak untuk melaksanakan Suratcara Letak Hak (Vesting Instrument) yang diperuntukkan dalam Seksyen 2 (2) PDA74. Kedudukan dan operasi PETRONAS kini boleh dipersoalkan. Di samping itu, semua Kontrak Perkongsian Petroleum (PSC) juga boleh dipersoalkan. Apa undang-undang PETRONAS sedang menggunakan untuk mengekalkan status quo ini? JIKA PETRONAS tidak menggunakan sebarang undang undang bererti kegiatan PETRONAS di Pelantar Benua adalah haram dan Kerajaan Persekutuan bersubahat melindungi syarikat yang melakukan aktiviti haram.

Apa yang patut kitalakukan seterusnya?

Parlimenadalah badan perundangan utama di Persekutuan Malaysia, namun ini tidak bermaknaParlimenbolehdengan sewenang-wenangnyamelanggarPerlembagaandalam membuatundang-undang. Melainkannegara berada dalam keadaan darurat, dan Kabinet Persekutuanmemegang kuasamutlakdan semuaundang-undang danwarta yang dibuat diantara1969-1971masihdikuatkuasa – Kerajaan Persekutuan mempunyai alasan kukuh meluluskan undang undang seperti ini.Oleh kerana negara sekarang tidak lagidi dalamDarurat, Kabinet Persekutuanhanyasatu cabangkerajaanyang mesti mematuhiPerlembagaanMalaysia.

Ia adalah Kewajipan dan tanggungjawab setiap Negeri di Malaysia untuk menyediakan satu usul di Dewan Negeri masing-masing untuk untuk menolak penguatkuasaan Akta 750 di Negeri mereka.

Sekian Terima Kasih

Advertisements

About sifusiber
A husband & a father who wants his children to have a better future

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: