Negeri Kita, Hak Kita, Kita Tentukan


Bismillahirrahmanirrahim

YAB Tuan Guru Dato Seri Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS

Barisan Kepimpinan yang saya hormati

Para Sahabat seperjuangan

Tuan-Tuan dan Puan-Puan Para hadirin sekelian,

Assalam mulaikum warahmatullah wabarahkatu

GANAS ialah singkatan sebutan Gerakan Nasionales Sabah. Satu badan NGO yang dibentuk oleh sekumpulan professional anak Sabah bertujuan untuk mengembalikan terma terma yang dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963.

GANAS bukan parti politik dan tidak pula mengikuti ideologi atau haluan mana mana parti politik, GANAS mewakili Lidah Rakyat Sabah. Kita meluahkan kemahuan dan aspirasi rakyat serta mencadangkan langkah2 positif yang perlu dilaksanakan oleh pihak berwajib, tanpa syarat. Begitu juga kita menegur sesiap saja demi kepentingan rakyat secara bebas tanpa pengaruh dan sekatan daripada mana mana pihak.

Dalam isu Minyak & Royalti GANAS berpendirian Kerajaan mau pun Pembangkang tiada HAK untuk menentukan pengagihan Harta & Kekayaan Negeri-Negeri pengeluar Minyak Mentah & Gas Asli.  Hak ini terletak didalam tangan penduduk Negeri pengeluar Minyak Mentah & Gas Asli.

Saya bersetuju dan memahami isi hati YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS yang memberi penjelasan terhadap konsep pemerintahan Islam dimana beliau berkata “Kekayaan sesebuah Wilayah hendaklah digunakan untuk menyelesaikan masalah penduduk Wilayah tersebut terlebih dulu, sebelum bakinya di agihkan di luar Wilayah tersebut”. Oleh yang demikian, konsep ini hendaklah diamalkan secara universal di negara kita.

Saya tidak pasti, sama ada penduduk Negeri yang tidak mengeluarkan Minyak Mentah & Gas Asli dapat menghayati atau memahami hujah seperti ini.  Di Sabah kata kata Tok Guru Hadi menjadi penyuntik semangat baru kepada seluruh Rakyat Negeri Sabah supaya tampil kehadapan dan menuntut hak-hak mereka.  Hasilnya saya dengan para sahabat mengheret mereka yang berwajib ke muka pengadilan.

Kami menuntut bahawa Perjanjian diantara Negeri Sabah dan PETRONAS pada tahun 1976 adalah tidak sah kerana melanggar perjanjian Malaysia 1963 dan Perlembagaan Persekutuan.  Pihak GANAS tidak mengharapkan sebarang imbuhan hasil darpada tindakan ini, tetapi semata mata untuk mengembalikan HAK rakyat Sabah yang diambil secara haram selama 37 tahun.

Pemindahan milik secara haram ini telah mengakibatkan rakyat Sabah kehilangan hasil pendapatan berjumlah lebih dari RM1 Trillion. Berdasarkan kepada kadar pengeluaran, harga purata pasaran selama 37 tahun. Akibat rampasan seperti ini menyebabkan Negeri Sabah menjadi negeri termiskin di Negara ini.

Saya yakin dan percaya, pemimpin kita yang menandatangani perjanjian tersebut secara ikhlas bertujuan untuk kebaikan Negara.  Walaupun mereka tahu tindakan yang mereka ambil menyalahi Perlembagaan Negara dan undang-undang Negeri.  Mereka maukan Negara Malaysia tampil kehadapan sebagai sebuah Negara yang Merdeka, Maju dan Progresif.  Mereka fikirkan keseimbangan pembangunan akan dirancang dan di laksana oleh Kerajaan akan memantapkan lagi kekuatan Negara untuk menghadapi apa jua cabaran.

Malang sekali setelah 37 tahun berlalu Negara ini bukan pula menikmati kemerdekaan, kemajuan dan menjadi progresif, kita berhadapan dengan beban hutang yang banyak, kadar inflasi sebenar tinggi, peluang-peluang pekerjaan yang berkurangan dan perlaksanaan pembangunan yang tidak seimbang dan sekadar dikulit semata mata.

Adakah ini hasil daripada kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan pemimpin pemimpin kita di masa lalu? Adakah mereka berpuas hati melihat keadaan kemunduran dan terbiar khususnya di Negeri mereka sendiri?  Adakah dengan pemergian mereka perkara ini bukan beban mereka lagi?

Jawapan kepada semua persoalan ini sudah tentu – TIDAK.  Mereka mewariskan Negara kepada, yakni, kita lah kesinambungan wadah perjuangan mereka yang belum selesai.  Kita yang masih hidup diamanahkan untuk memperbaiki dimana yang silap, menegur mana yang salah dan seterusnya membina sebuah Negara yang maju, progresif dan dihormati dunia.  Sekiranya Kerajaan Barisan Nasional masih angkuh dan tidak juga mahu mendengar apabila di tegur.  Sudah menjadi tanggungjawab kita mengheret mereka yang berwajib ke muka pengadilan.

Kami di Sabah merasakan sudah cukup 49 tahun Kerajaan Barisan Nasional diberi peluang dan 37 tahun kepada ejennya PETRONAS.  Bukan pula Sabah menikmati hasil pengeluaran Minyak Mentah & Gas Aslinya, kita pula di zalimi, ditindas dan diinyana.

Pada masa ini perangkaan menunjukkan Sabah mempunyai 85,200 penganggur pada tahun 2011 dari pelbagai kelulusan; sementara itu pula Ketua Menteri Sabah menyatakan terdapat 200,000 peluang pekerjaan disektor perladangan.  Perkara seperti ini boleh berlaku disebabkan pengeluaran tenaga kerja dengan kewujudan peluang pekerjaan tidak serasi dan tidak seimbang.  Kita hantar anak-anak kita sekolah tinggi-tinggi namun selepas lulus mereka di berikan kerja “jolok Kelapa Sawit”.

Pekerjaan disektor lain pula tidak dibangunkan selaras dengan pertumbuhan tenaga kerja kerana dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional yang sengaja memeras ekonomi Negeri Sabah supaya tidak berkembang.

Diantara dasar yang mendeskriminasi dan meminggir keperluan rakyat di Negeri Sabah ia lah dasar kabotaj.  Dasar ini lebih memihak kepada pemilik-pemilik kapal dalam Negara daripada keperluan hidup seharian rakyat di Negeri Sabah.  Dasar ini lah penyebab utama yang menjadikan kos sara hidup di Sabah yang tertinggi di Malaysia.

Dalam bajet baru baru ini, kerajaan telah memperuntukan RM386 juta untuk membuka 57 Kedai Rakyat 1Malaysia di Sabah, Sarawak dan Labuan.  Kerajaan Barisan Nasional menggunakan wang rakyat untuk membuka kedai runcit dengan alasan mengimbangkan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan.  Namun yang beruntung dalam perlaksanaan langkah ini sebenarnya bukannya rakyat tetapi kroni.

Bagi tujuan mengimbangi kos sara hidup yang tinggi di Sabah, Najib tidak perlu belanja berjuta juta ringgit.  Penyelasaian tanpa kos, mudah sahaja.  Hapuskan dasar Kabotaj dan harga barangan di Sabah akan turun  dengan serta merta.

Jika begini sifatnya Kerajaan Barisan Nasional, adakah kah patut rakyat Negeri Sabah turut bersengkokol dan bersubahat membiarkan Agen Kerajaan Barisan Nasional untuk terus menerus memperdayakan rakyat di Negara ini.

Saya dan rakan rakan rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk mengheret Kerajaan Negeri dan PETRONAS kemuka pengadilan.  Kami merasakan sudah tiba masanya untuk berbuat demikian.  Saya yakin dan percaya sistem pengadilan dinegara kita tidak sanggup melihat rakyat di Sabah di diskriminasi, dipinggir dan di aniaya.  Dan jika berjaya dengan tuntutan ini PETRONAS wajib membayar bukan saja tunggakan sewa, mereka juga wajib kembalikan semua keuntungan dan hasilan yang di kaut dengan rakus, tanpa keizinan dan keredaan rakyat Sabah selama 37 tahun.

Malangnya Kerajaan Negeri Sabah hanya menutup mata dan membiarkan perkara ini berlaku.  Sekiranya PETRONAS tidak mampu membayar balik jumlah yang mereka ambil, maka sebagai galang gantinya KLIA, Litar SEPANG, Menara Berkembar KLCC, dan PUTRAJAYA akan disita oleh rakyat Sabah.

Jika Najib berlengah-lengah untuk mengadakan pilihanraya dan mahkamah telah awal mengeluar keputusan, maka, Datuk Sri Anwar Ibrahim akan duduk di PUTRAJAYA sebelum PRU13.

Wassalam mualaikum warahmatullah wabara katu

Terima Kasih

Zainnal Ajamain

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: